Selasa, 25 Oktober 2011

suara hati seorang ikhwan utk semua wanita di dunia...

Wanita,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Kerana kau tak mengenalku dan memang
tak perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
sempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
kerananya kau tak memerlukan persamaan.

Wanita,
Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh,
kerana akan membuatku mengingatmu.
Bererti memenuhi fikiranku dengan
menginginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam
tiap dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh
jiwa, sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam
khayalku yang masih penuh Lumpur.
Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Wanita
Berdua menghabiskan waktu denganmu
bagaikan mimpi tak berpenghujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, bersamamu
selalu, meski hujung penutupmu pun tak berani
kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
kerana sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di
hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Wanita
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana
aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada
wajah burukku, mengenakan pakaian sutra
emas.
Meniru laku para ustaz, meski hatiku lebih
kotor dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin
kau termanipulasi.
Kerana kau toh hanya manusia-hanya wanita.

Wanita
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir
dalam kitab suci, tak perlu difikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu
adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda
Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua
terukir dalam kitab suci.

Wanita,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh
hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin
tak ada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk
semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana
kekalmu, yang kaubangun dengan segala
kekhusyu'an tangis do'amu.

Wanita
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar
pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada
keikhlasanmu menerima keputusan Sang
Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan
menerima cinta dan menerima cinta dalam
setiap denyut nadi kita.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik
perhiasan adalah WANITA SOLEHAH..." (HR Muslim)

.::. Mutiara Hadith Berkaitan Wanita.::.







Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu."

-Hadis riwayat Baihaqi.

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."

-Riwayat Al Bazzar.

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."

Al Ahzab: 32.

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."

Riwayat Ibn Majah.

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.

- Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

-Riwayat Bukhari dan Muslim.

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah

- Riwayat Bukhari dan Muslim.

Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."

Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.

(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."

Riwayat Muslim dan Bukhari.

Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah.

(Riwayat Abu Daud dan Nasa'i).

Orang mukmim yang sempurna imamnya adalah yang terbaik budi pekertinya dan lemah lembut kepada keluarganya dan sebaik baik kawan, ialah yang baik kepada isterinya .

-Riwayat Al-Termizi

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.

(HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan beruntung.”

(HR. Bukhari Muslim)

Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipannnya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap suaminya seluruhnya. Dan jika suaminya memerlukannnya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaaan, maka tidak boleh dia menolaknya."

(HR. Thabrani)

Sesungguhnya apabila seorang suami memandang isterinya, dan isterinya membalas pandangan tersebut dengan penuh kasih dan cinta, maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih mesra, dan jika si suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka.”

-Hadis Riwayat Maisyarah

Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah aku mendapatkan atau merasakan kebaikan darimu, maka bererti telah gugur amalnya.”

-Hadis Riwayat Ibn Ady dan As-Syakir

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: jika isteri berkata kepada suaminya: talaklah aku/ ceraikan aku! Maka nanti di hari kiamat ia tidak berdaging, lidahnya keluar melalui tengkuknya dan akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam walaupun ia puasa disiang hari dan solat malam."

(Hadis dari Abu Bakar Shiddiq)

Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga"

-Hadis Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”

(HR. Al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda: “Seorang perempuan datang menghadap kepada Rasulullah SAW, ia bertanya: “Ya Rasulullah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk menghadap tuan. Ada jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka menang, mereka akan mendapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka tetap hidup di sisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. Sedangkan kami kaum wanita, kamilah yang memelihara mereka, kami akan memperolehi apa? Rasulullah SAW menjawab: Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai; bahawasanya, taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi sedikit sekali di antara golonganmu yang melakukannya.”

(Hadis dari Ibn Abbas)

Rasulullah SAW bersabda: “ Isteri manapun yang mengeraskan suara melebihi suara suaminya, maka dia akan mendapat laknat dari segala sesuatu yang disinari matahari.”

(Hadis dari Umar bin Khattab)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila wanita yang meratap tangis tidak bertaubat sebelum ia meninggal, maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat, dan ditubuhnya dikenakan pakaian jubah yang penuh dengan penyakit kubis.”

(HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya.”

(HR. Ibn Hibban)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”

(HR. Ibn Hibban)

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.

-Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.

-Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Aku Bertanya pada IBU...

ibuku menjawab, nak..
Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih
sayangnya pada orang disekitarnya...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari
kelembutannya mengatakan kebenaran...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi
dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati di tempat
berkerja, tetapi bagaimana dia di hormati di dalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap
bijaknya memahami persoalan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati
yang ada dibalik itu...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang
dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi
dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...


Laaillahailallah

Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha.....






Rahsia hati yg sentiasa menghimpit jiwa..
badai cinta yg tak henti melanda..
hadirya tawaran cinta tanpa rasa jemu...
nestapa juga senantiasa menyinggah x kira masa..
namun, lamaran tak terduga y terjadi...
akhirnya cinta yg berlandaskan keimanan itu bersemi jua....

bukan syg yg aku ucapkan,
bukan senyuman dan lirikan yg aku tampilkan,
bukan kecantikkan yg aku pamerkan..
ttp kesabaran yg aku tebarkan,
kepercayaan yg aku tegakkan..
kejujuran yg aku selitkan..
keimanan yg ku harapkan..
kejauhan yg ku inginkan
dan kesetiaan yg ku dambakan kerna mungkin itu yg terbaik....
ketahuilah bhw aku mengerti bhs cintamu..

Ahad, 23 Oktober 2011

~LELAKI VS PEREMPUAN~

Lelaki yang baik x kan pernah berani mengungkapkan kata cinta,kasih,sayang dan rindu kepada seorang wanita sehingga wanita tersebut sah menjadi yang halal bagi dirinya.Bukan kerana lelaki itu pemalu dengan wanita tetapi lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH,takut akan dimurkai ALLAH.

Lelaki yang baik juga x kan pernah berani bergambar dengan seorang wanita yang belum sah menjadi miliknya.Bukan kerana lelaki itu pemalu tetapi lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH,takut akan dimurkai ALLAH.

Lelaki yang baik x kan pernah berani keluar berdua-duaan dengan seorang wanita yang belum sah menjadi miliknya.Bukan kerana lelaki itu pemalu tetapi lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH,takut akan dimurkai ALLAH.Dan bimbang juga jika iblis syaitan laknatullah mengambil kesempatan.

Lelaki yang baik juga x kan pernah menyalahgunakan kehebatan IT untuk meluahkan rasa rindu dan sayang kepada seorang wanita yang belum sah menjadi miliknya.Bukan kerana lelaki itu pemalu tetapi lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH,takut akan dimurkai ALLAH dan bimbang jika terselit dosa yang tidak disedari.

Lelaki yang baik akan menasihati wanita yang dikasihinya,agar takut dan malu dengan ALLAH dan menjauhi kemaksiatan serta menjauhi kemungkaran.Percaya apa yang tersirat dan tersurat.Yakin dengan jodoh yang telah ALLAH aturkan.

Lelaki yang baik akan menggunakan akal anugerah ALLAH untuk berfikir sama ada apa yang di lakukan bersama-sama seorang wanita itu baik atau tidak seperti:
-keluar berdua setiap hari.
-mengungkapkan kata cinta,kasih,sayang dan rindu.
-bergambar berdua.
-bersms,berchatting dan banyak lagi dengan menggunakan kehebatan IT berlanjutan ke
larut malam sehingga menjelang pagi semata-mata hendak meluahkan rasa rindu.
Adakah apa yang dilakukan itu dimurkai ALLAH atau tidak?Tepuk dada tanya iman.
Akal yang waras anugerah ALLAH,gunakanlah sebaik mungkin,jangan sampai anugerah dan nikmat itu ditarik balik sedikit demi sedikit.Jauhi kemaksiatan dan kemungkaran.
Wanita yang baik x kan pernah berani mengungkapkan kata cinta,kasih,sayang dan rindu kepada seorang lelaki sehingga lelaki tersebut sah menjadi yang halal baginya.Bukan kerana wanita itu pemalu tetapi takut dan malu dengan ALLAH,takut dimurkai ALLAH.

Wanita yang baik juga x kan berani bergambar dengan seorang lelaki yang belum sah menjadi miliknya.Bukan kerana wanita itu pemalu tetapi takut dan malu dengan ALLAH,takut dimurkai ALLAH.

Wanita yang baik x kan berani keluar berdua dengan lelaki yang belum sah menjadi miliknya.Bukan kerana wanita itu pemalu tetapi kerana takut dan malu dengan ALLAH,takut dimurkai ALLAH.

Wanita yang baik juga x kan berani menggunakan kecantikkan anugerah ALLAH untuk memikat dan menggoda lelaki.Bukan kerana wanitu itu pemalu tetapi kerana takut dan malu dengan ALLAH,takut dimurkai ALLAH.

Wanita yang baik juga akan menggunakan kecantikkan anugerah ALLAH untuk dipersembahkan kepada lelaki yang sah menjadi miliknya yang bergelar suami buat dirinya bukan untuk tontonan ramai.

Wanita yang baik juga tidak sesuka hati membiarkan dirinya diusung kehulu kehilir oleh seorang lelaki yang bukan sah menjadi miliknya.Bukan kerana wanita itu pemalu tetapi kerana takut dan malu dengan ALLAH,takut dimurkai ALLAH dan bimbangkan iblis dan syaitan mengambil kesempatan bila nafsu menguasai diri.

Untuk menjadi lelaki dan wanita yang baik sangat mudah,jauhi kemaksiatan dan jauhi kemungkaran.Perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan ALLAH eloklah dijauhi.Hidup biarlah ALLAH sayang dan ALLAH redhai.Kejarlah keredhaan ALLAH untuk mendapat kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.Tetapkan matlamat hanya syurga ALLAH yang menjadi idaman.Dan ingatlah kebahagiaan dan keseronokkan duniawi hanya sekejap,kebahagiaan dan keseronokkan di sana nanti adalah yang kekal abadi.

Untuk melahirkan rasa cinta,rindu,kasih dan sayang biarlah masing-masing menjadi yang halal buatmu.Bersabarlah,janji ALLAH pasti indah,pasti tepat pada saat dan ketikanya.Wanita solehah untuk lelaki soleh,oleh itu perbaikilah diri masing-masing supaya menjadi lebih baik lagi..
 

Jumaat, 21 Oktober 2011

kumbang dan bunga


Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.
Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan. 
Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.
Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.


Rabu, 12 Oktober 2011

PMR

ALHAMDULILLAH PMR DAH MELABUHKAN TIRAINYA.PMR DATANG SEKALI JER DALAM HIDUP SESEORANG.SEGALA APA YANG AKU BELAJAR SELAMA TIGA TAHUN TELAH AKU CURAHKAN PADA PMR BARU2 NIE.AKU DAH BUAT YANG TERBAIK.HARAP2 LAH RESULT YANG AKU DAPAT TU BERBALOI DENGAN USAHA YANG AKU BUAT.AMIN.JADI SEKARANG NIE AKU DAH ''BEBAS'' LAH.DARI 24 JAM DUK NGADAP KE BUKU2.STRESS LOL.!!SEKARANG KALAU PEGI SEKOLAH SO BORING,NOTHING TO DO.HARI NIE AKU TAK G SEKOLAH.HEHEHE.AKU DAH BERSEPAKAT NGN KWAN2 TAK YAH G SEKOLAH HARI NIE.CIKGU ADE BUAT PROGRAM LEPAS PMR TAPI ENTAH LAH MCM   X MENJADI JER.XDE KERJASAMA DARI MURID2.BUAK2 NIE SUSAH CIKET KALAU NAK BUAT KEJE2 AMAL UNTUK SEKOLAH.


YANG BEST NYER HARI ISNIN DEPAN SEKOLAH AKU ADE KAN LAWATAN.LAWATAN TU KE LANGKAWI.HUHU.MEMANG SYOK LAH PEGI SAME2 KAWAN.AKU RASE ITU AKAN JADI KENANGAN MANIS BUAT AKU DAN KAWAN2.MAYBE ADE TAHUN DEPAN KAWAN2 AKU YANG AKAN PINAH KE SEKOLAH LAIN KER,LIKE MRSM,TEKNIK,AND LAIN2

DALAM TIGA TAHUN NIE BANYAK YANG AKU BELAJAR.ERTI KEGAGALAN,KEGEMBIRAAN,KECEWA LA SEBAB TAK LULUS SESUATU SUBJEK.HEHE

AKU AKAN RINDU ENGAKAU PMR.