Sabtu, 31 Disember 2011

Tahun Baru (2012)

          ASSALAMUALAIKUM
    
                  Alhamdulillah syukur aku dapat menulis blog hari ini dan ini ialah post aku yang terakhir untuk tahun 2011.Malam ni ramai orang yang nak pergi sambut tahun baru dekat bandar,nak tengok bunga api lah itu lah ini lah,abaikan diorang jelah tu sambung balik yang tadi.Esok kita akan melangkah ke tahun 2012.Semua orang ada azam tahun baru kan.Aku pun sama.


Mari kita muhasabah balik diri kita dan imbas balik apa yang kita habiskan dengan masa yang kita ada pada tahun 2011,adakah kita telah melakukan sesuatu yang baik atau sebaliknya.Saban tahun umur kita semakin bertambah,betul tak.Kalau ade yang masih dilamun dengan keseronokan didunia ni,ingat-ingat lah kepada inagt ALLAH  sementara kita masih diberi kesempatan untuk bertaubat kepada-NYA. 


Aku harap dengan kedatangan tahun 2012 ini akan memberi sinar hidup kepada aku untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengarap kejayaan dan menjadi hamba ALLAH yang taat kepada-NYA.Allah adalah kekuatan bagi diriku. 


Okay lah.Sampai disini sahaja coretan untuk kali ini.Selamat tinggal 2011.Selamat datang 2012.


                       HAPPY NEW YEAR

Selasa, 20 Disember 2011

dEbaRaN SeMakIn TeRaSA






ASSALAMUALAIKUM.......
               
                 setelah sekian lama peperiksaan PMR menutup tirai,esok keputusan pmr akan dikeluarkan..esok bakal menentukan arah aku semasa di tingkatan 4 nanti esok semua akan terjawab,mesti ada yang menitiskan air mata kerana dengan hasil mereka selama ini telah membuahkan hasil ada juga yang akan menangis kerana kegagalan yang berpunca dari diri sendiri.aku hanya berserah kepada ALLAH,Dialah yang akan menentukannya semua...semoga ALLAH memberkati segala usaha-usaha yang aku lakukan selama ini untuk memperoleh kejayaan dalam PMR....Amin....

Ahad, 4 Disember 2011

Di manakah KESILAPAN penutupan AURAT wanita hari ini???

Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, iaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam WAJIB menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya. Nauzubillahiminzalik~

" Harap tudung je LABUH.... perangai..... ??''

Kenapa perlu disalahkan TUDING bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH..??
Tudung tak SALAH..yang SALAH pemakainya...
Dan yang BERTUDUNG LABUH tak semestinya BAIK...BENARLAH.. Tapi kami sudah mecuba sedaya upaya untuk menutup AURAT kami dengan SESEMPURNA yang mungkin..dan ketahuilah dengan bertudung LABUH, kami juga buka MALAIKAT yang terpelihara dari LUPA, ALPA, NAFSU dan sebagainya..,
Kami hanya WANITA akhir zaman yang masih MENCARI nilai SOLEHAH dalam diri ini..

p/s : Andai kami SALAH, TEGURLAH..bukan CEMUHAN yang DIBERI..usah disalahkan labuhnya tdung kami..kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN....

:..ANTARA MUSLIMAH DENGAN BIDADARI - MANA SATU YANG LEBIH BAIK??..::


Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah WANITA di dunia LEBIH BAIK atau BIDADARI?"

Baginda menjawab, "WANITA di dunia LEBIH BAIK daripada BIDADARI sebagaimana yang ZAHIR lebih BAIK daripada yang BATIN."

Aku berkata, "Wahai RASULULLAH! Bagaimanakah itu?

Baginda menjawab, "Dengan SOLAT, PUASA dan IBADAT mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan MUKA-MUKA mereka dengan CAHAYA dan JASAD mereka dengan SUTERA yang berwarna PUTIH, berpakaian HIJAU dan berperHIASAN KUNING..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)

HENTIKAN TABARRUJ DALAM PENAMPILANMU DI HAYAATUL AMMAH!

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”

[HR.Ibnu Mas'ud]

i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini ad
alah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.

¨*•♫♥* BUNGA-BUNGA ZINA ¨*•♫♥*











Enam "bunga-bunga zina" ini semestinya kita elakkan sama-sekali sebelum anda terjebak dalam zina.

1) MEMANDANG seseorang terutama yang saya sayang, sangat sukar di tahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan saya. Jarang nikmat penglihatan ini saya gunakan sebaiknya.

2) SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang . Tetapi, apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.

3) BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan.

4) HARUMAN yang saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda.

5) DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagi pun kami bukannya apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis.

6) HIBURAN menjadi pengubat kesunyian saya. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan.

Firman Allah: (Al-Israa':32)
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."